Doodle Istimewa Jalur Gemilang di Google Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

Doodle Istimewa Jalur Gemilang di Google Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

Google Malaysia meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2021 dengan memaparkan ‘doodle’ istimewa Jalur Gemilang di tengah-tengah perkataan Google di laman enjin carian itu.

Google Malaysia berkata, ‘doodle’ berbentuk Jalur Gemilang itu dihasilkan bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan.



“Hari ini pada 1957, kira-kira 20,000 rakyat berkumpul di Stadium Merdeka di mana laungan Merdeka dilafazkan sebanyak tujuh kali bagi mengisytiharkan kebebasan Malaysia.

“Acara berkenaan menandakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi sebelum ia dinamakan sebagai Malaysia pada tahun 1963,” menurut penjelasan Google di laman web mereka hari ini.

Google Malaysia sebelum ini menghasilkan pelbagai jenis ‘doodle’ istimewa bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

Antara ‘doodle’ yang pernah dihasilkan termasuklah Orang Utan (2020), Gasing (2019), Harimau Malaya (2016), Teh Tarik (2015) dan Bunga Raya (2012). – K! ONLINE



Doodle Istimewa Jalur Gemilang di Google Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker