Lambakan udang harimau hampir setengah juta ringgit

Lambakan udang harimau hampir setengah juta ringgit

MELAKA – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kini menanggung lambakan udang harimau seberat 15,000 kilogram bernilai RM450,000 selepas permintaan makanan laut itu susut mendadak.

Pengarahnya, Rosli Mustapa berkata, kesemua udang bersaiz L itu merupakan hasil ternakan yang sepatutnya dipasarkan ke Singapura dan Johor, selain permintaan peniaga tempatan termasuk di medan ikan bakar.

Rosli menunjukkan hasil ternakan udang harimau yang sukar dipasarkan sejak PKP tahun lalu.

Jelasnya, sehingga kini kesemua udang harimau itu ‘terkandas’ di kolam ternakan di Sebatu, Jasin selepas kedai makan khususnya tidak lagi dapat beroperasi seperti biasa selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

“Permintaan udang harimau ini menurun sejak PKP tahun lalu dan kini hasil ternakan tidak dapat dieksport ke Singapura disebabkan negeri ini masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya di Kompleks Perikanan LKIM di Sungai Duyong, di sini, hari ini.

Ujarnya, keadaan itu menyebabkan harga udang harimau turun sekitar RM26 sekilogram berbanding sebelum ini antara RM30 hingga RM35 sekilogram.

“Kami sedang berusaha memasarkan udang harimau ini melalui ejen-ejen dilantik, namun kuantiti yang diambil tidaklah begitu banyak,” katanya. – K! ONLINE

Lambakan udang harimau hampir setengah juta ringgit


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker