Kontijen Malaysia Sertakan Bukti, ‘Protes Ukraine lemah, doakan…’ – Menteri Belia Dan Sukan

Kontijen Malaysia Sertakan Bukti, ‘Protes Ukraine lemah, doakan…’ – Menteri Belia Dan Sukan

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bantahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, sudah dihantar kepada penganjur.

Katanya, pegawai Kontinjen Malaysia menyertakan semua bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bilik menunggu (call room).

Update terbaru Tokyo – Protest submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya sebentar tadi.

Sumber Facebook pejaofperak



Terdahulu beliau memaklumkan perbincangan sedang berjalan antara pegawai Kontinjen Malaysia dengan penganjur Sukan Paralimpik Tokyo, yang membatalkan pingat emas dimenangi Ziyad.

Beliau memberi gambaran Malaysia mungkin masih mempunyai harapan mendapatkan kembali pingat berkenaan kerana protes yang dilakukan atlet Ukraine amat lemah.

Sumber Facebook pejaofperak

Turut serta dalam perbincangan itu ialah wakil Australia dan Ecuador, serta negara yang memprotes kemenangan tersebut iaitu Ukraine.

“KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protest. Doakan,” tulis



Faizal.

Dalam satu tweet balasan di laman Twitter rasmi Paralimpik, beliau yang pernah menerajui Kementerian Belia dan Sukan, menyifatkan tindakan itu sebagai sangat memalukan.

“Ini mencemarkan reputasi dan bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya ia berpunca daripada kelewatan memasuki bilik menunggu, anda seharusnya tidak membenarkan dia bertanding sejak awal lagi.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dirampas,” tulis Khairy.



Terdahulu, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.-Awani

Kontijen Malaysia Sertakan Bukti, ‘Protes Ukraine lemah, doakan…’ – Menteri Belia Dan Sukan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen Negara Bertindak, Ziyad Sohor Kini Di Twitter

Pingat Emas dimenangi Ziyad dibatalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker