Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri petang ini

Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri petang ini

Penduduk di sepuluh negeri dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berlaku sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir itu melibatkan negeri di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang hari ini.

Menurut MetMalaysia, di Perlis, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kesemua kawasan bakal mengalami keadaan hujan lebat serta ribut petir.

“Di Kedah, melibatkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling.

“Selain itu, di Perak, melibatkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Pahang, kawasan bakal mengalami keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Negeri Sembilan ramalan sama melibatkan kawasan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Manakala di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman dan keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Sabah, melibatkan kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Cuaca buruk bagi negeri Sarawak dan Sabah di kawasan terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang hari ini,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. K Online

Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri petang ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker