Lelaki bunuh tukang urut didakwa cacatkan alat sulit

Lelaki bunuh tukang urut didakwa cacatkan alat sulit

Seorang lelaki di Sulawesi Tenggara, Indonesia bertindak membunuh seorang tukang urut warga emas selepas menjalani sesi rawatan yang dikatakan telah mengubah fungsi alat kelaminnya, lapor TribunKolaka, hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai L,49, pada mulanya meminta mangsa, Dulati (74) datang ke rumahnya untuk menjalani sesi urutan batin sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

Sebaik sahaja selesai sesi rawatan, L mendapati alat kelaminnya mengalami perbezaan dan fungsinya juga seperti sudah berubah.

Berang dengan keadaan itu, L menuduh urutan Dulati telah ‘mencacatkan’ alat kelaminnya yang normal sebelum rawatan.

“Mangsa menafikan bahawa urutannya telah mengubah fungsi alat kelamin L lalu berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Suspek hilang kawalan lalu menyerang mangsa menggunakan sebilah parang. Mangsa maut di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian leher,” kata Ketua Bahagian Masyarakat Polis Kolaka, Asisten Inspektor Riswandi.

Suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Lelaki bunuh tukang urut didakwa cacatkan alat sulit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tangan gadis mangsa samun terpaksa dipotong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker