Saya Berdoa Kepada Allah, Demi Ibadah Haji Lelaki Ini Berjalan Kaki Sejauh 6,500 km [VIDEO]

Saya Berdoa Kepada Allah, Demi Ibadah Haji Lelaki Ini Berjalan Kaki Sejauh 6,500 km [VIDEO]

London: Seorang rakyat British beragama Islam berasal dari Iraqi-Kurdish berjalan sejauh 6,500 kilometer (km) dari United Kingdom (UK) ke Arab Saudi yang dijangka tiba menjelang musim haji tahun depan.

Perjalanan Adam Mohamed, 52, bermula dari kediamannya di Wolverhampton pada 1 Ogos lalu dan berhasrat tiba di Makkah sebelum musim haji bermula Julai tahun depan.

Ketika ini, lelaki itu sudah tiba di Netherlands dan akan melalui Republik Czech, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan.



Secara purata dia akan berjalan sejauh 17.8 kilometer sehari.

“Satu hari saya bangun dan berkata pada diri sendiri bahawa saya akan berjalan untuk menunaikan haji, berjalan ke Makkah…ini saya lakukan sekarang.

“Saya berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan keampunan kepada kita semua,” katanya kepada ArabNews.

“Saya keluar dari rumah dan perjalanan saya menjadi perjalanan ummah (masyarakat).



“Sekarang, ia bukan hanya perjalanan saya seorang, tetapi untuk semua orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, kepercayaan dan etnik,” katanya.

Jurutera elektrik yang bekerja sendiri itu juga bertemu puluhan orang sepanjang perjalanan itu.

“Ramai yang datang untuk memberikan penghormatan, mereka juga membawa makanan kepada saya setiap hari.

“Kebanyakan mereka memberikan wang dan ada juga yang meninggalkan segala-galanya serta tinggal bersama saya dan menolak troli bersama,” katanya.



Laman GoFundMe turut dibuka pada 1 Ogos untuk meraih dana bagi menjayakan misi lelaki itu yang dinamakan ‘Perjalanan Aman dari UK ke Makkah’ yang sudah meraih hampir Pound Sterling 30,00 (RM172,278), melepasi sasaran awal Pound Sterling 1,000 (RM5,742).

https://www.youtube.com/watch?v=RbnNO0BRsVA

https://www.youtube.com/watch?v=69SDmDs6Xvw&t=1s

Saya Berdoa Kepada Allah, Demi Ibadah Haji Lelaki Ini Berjalan Kaki Sejauh 6,500 km [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker