Nad Zainal sah bercerai

Nad Zainal sah bercerai

“Saya baik-baik saja.”

Demikian kata pelakon terkenal Nad Zainal mengenai keadaan dirinya selepas sah bercerai dengan suami, Muhammad Faliq Amiruddin, 34.



Nad, 32, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perceraian mereka.

“Betul, kami sudah bercerai. Tapi saya minta maaf sebab kami dah bersetuju tak nak kongsi lebih lanjut. Minta maaf sangat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nad, dia dan bekas suami masih baik selain kini mahu memberi fokus kepada kerjaya.

“Sekarang ini anak-anak dengan saya. Hubungan dengan bekas suami juga baik. Saya okay saja. Saya nak kerja saja sekarang,” katanya.



Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun. HM

Nad Zainal sah bercerai


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker