Pemuda tikam bapa kerana rimas dengar anak saudara menangis

Pemuda tikam bapa kerana rimas dengar anak saudara menangis

Seorang pesara cedera dipercayai ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya dalam kejadian di Bachok, Kelantan, hari ini.

Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Azmail Mohd Salmon, 66, mengalami luka di bahagian leher, kepala, telinga, tapak tangan kiri dan lengan kiri.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi, suspek dikatakan berang apabila anak saudaranya – baru berusia empat tahun – menangis tanpa henti dan dibiarkan saja oleh bapanya.

Suspek kemudian dikatakan memukul pesara berkenaan dengan tangan sebelum pergi ke dapur untuk mengambil sebilah pisau.

Dia kemudian menikam warga emas itu beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian dan memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan berlakunya kes pergaduhan tersebut.

Susulan itu, katanya, polis berjaya menahan suspek yang berusia 28 tahun itu di lokasi kejadian dan menemui sebilah pisau.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah mental sejak lima tahun lalu dan mengambil ubat setiap enam bulan sekali.

“Punca kejadian dipercayai suspek marah kerana mangsa didakwa membiarkan seorang kanak-kanak menangis,” katanya.

Terdahulu kejadian itu tular di media sosial yang mengatakan kejadian itu melibatkan kes kelar.

Bagaimanapun Mohamad Ismail menafikan perkara itu. Katanya mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan lanjut di hospital.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Pemuda tikam bapa kerana rimas dengar anak saudara menangis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker