Suami isteri buat ‘eksperimen sosial’ dicekup polis

Suami isteri buat ‘eksperimen sosial’ dicekup polis

Suami isteri yang kononnya cuba melakukan “eksperimen sosial” apabila berjaya masuk ke beberapa kedai dan kedai makan tanpa lengkap dua dos vaksin akhirnya dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, pasangan berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan pada 5 petang di rumah mereka di Bandar Putera 2.

Katanya, mereka ditahan selepas polis menerima aduan mengenai pemilik akaun media sosial menggunakan nama “Mujaheeda Soleha” yang memuat naik pengalamannya itu.

“Pemilik akaun turut memuat naik kenyataan yang mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil,” katanya menurut laporan Kosmo.

Shamsul berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19.

Semalam, tular di media sosial apabila seorang wanita dengan bangga berkongsi pengalamannya dan suami yang dikatakan sebagai “eksperimen sosial” bagi menguji sama ada mereka berjaya masuk ke premis terbabit tanpa lengkap dua dos vaksin. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Suami isteri buat ‘eksperimen sosial’ dicekup polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker