Pemandu sebabkan 3 maut direman tujuh hari



Sebaran :

Pemandu sebabkan 3 maut direman tujuh hari

LUMUT – Pemandu Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga maut di Sitiawan Sabtu lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 38 tahun itu sehingga 30 Ogos ini.

Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan polis menyiasat lanjut kes kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Dia juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas saringan air kencingnya semalam mendapati dia positif dadah jenis methampetamine atau syabu.

Semalam, suspek menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 2.50 petang.

Dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Sitiawan – Kampung Acheh kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kereta Proton Preve dinaiki tiga orang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh hilang kawalan lalu terbabas.

Kemalangan menyebabkan kereta tersebut merempuh enam motosikal ditunggang dan dibonceng pekerja kilang Sapura Energy dari arah Kampung Acheh menuju ke Sitiawan. K Online



Pemandu sebabkan 3 maut direman tujuh hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish dihentam netizen


Sebaran :


Leave a Reply