28 penduduk di kawasan tragedi kepala air positif Covid-19

Alor Setar: Seramai 28 penduduk tinggal di kawasan banjir akibat tragedi kepala air di Yan, pada Rabu lalu disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, selepas penilaian segera dilakukan pihaknya, terdapat tiga kes dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

“Sebanyak 10 kes pula dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani untuk pengawasan lebih rapi.



“Terdapat 15 kes lain tanpa gejala atau bergejala ringan terus tinggal di rumah masing-masing dan diawasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah Yan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Othman berkata, seramai 41 individu pula diletakkan di bawah pengawasan atau Person Under Surveillance (PUS) tinggal di rumah dan diawasi secara bersepadu oleh pasukan pemantauan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa lain dan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Yan.

Beliau berkata, apabila berakhirnya operasi mencari dan menyelamat (SAR), saringan ke atas anggota SAR menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) saliva dilakukan PKD Yan, antara 4 petang hingga 7 malam bertempat di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Titi Hayun, Yan, semalam.

“Seramai 275 anggota terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Daerah Yan dan pelbagai agensi penyelamat lain serta pasukan malim gunung menjalani saringan dengan 274 anggota didapati negatif.



“Satu sampel menunjukkan keputusan ‘intermediate” dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk ujian lanjut dan disahkan negatif,” katanya.

Dr Othman berkata, hasil penilaian risiko oleh PKD Yan mendapati risiko jangkitan penyakit bawaan air banjir adalah rendah.

Beliau berkata, tiada laporan keracunan makanan atau jangkitan leptospirosis diterima oleh pejabat berkenaan.

Menurutnya, sebagai tindakan pencegahan, PKD Yan mengambil beberapa langkah segera seperti penilaian kesihatan segera terhadap semua pesakit Covid-19 dan merujuk pesakit berkenaan ke PKRC atau hospital.



“Kita turut melakukan lawatan ke rumah semua kes Covid-19 dan PUS bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik dan terus patuh arahan kuarantin.

“Kakitangan PKD bersama polis meninjau dan memberi teguran kepada setiap penduduk dan sukarelawan sekiranya mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sehingga semalam, sebanyak 156 rumah dilawati bagi penilaian kesihatan fizikal dan psikososial penduduk terbabit banjir dan operasi berkenaan masih diteruskan,” katanya.

28 penduduk di kawasan tragedi kepala air positif Covid-19



 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Beri PM peluang, ruang seluasnya tentukan Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker