Beri PM peluang, ruang seluasnya tentukan Kabinet

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberikan peluang dan ruang seluasnya untuk menentukan Kabinet yang akan dibentuk bagi mentadbir negara selepas ini.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Kabinet yang dibentuk ini perlu mengutamakan dan dapat memberikan khidmat mereka kepada rakyat dengan serta-merta.

“Rakyat sekarang memerlukan pelbagai bantuan seperti bantuan vaksin Covid-19 dan bantuan kehidupan jadi saya rasa Perdana Menteri mungkin tertekan sikit dari segi membuat pertimbangan (untuk mewujudkan kabinet) tetapi dia kena bersedia untuk memantapkan kerajaan serta merta.

“Oleh itu, rakyat pun tak mahu tengok perkara ini berlaku sekali lagi kerana rakyat tak seronok tengok percaturan berlaku kerana bagi rakyat, mereka nak kerajaan bantu mereka dengan pemberian vaksin Covid-19 dan bantuan lain, itu yang mereka mahukan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas melakukan tinjauan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di sini, hari ini.

Katanya, biarpun ada pihak yang mahukan wakil ahli parlimen dari Perlis dilantik ke dalam kabinet kerajaan selepas ini, beliau tidak mahu itu dijadikan fokus sebaliknya biarlah Ismail Sabri yang memilihnya sendiri dalam mewujudkan barisan Kabinet yang kuat dan mampu berkhidmat kepada rakyat.

“Berhubung dengan senarai itu, cukuplah saya rasa biarkan Ismail Sabri diberikan peluang untuk memilih dan sama ada atau tidak wakil Perlis nanti dalam Kabinet itu, saya tidak pernah ambil peduli kerana di Perlis ini ahli Parlimen kerajaan pun hanya ada dua sahaja di Arau dan Padang Besar jadi kita reda dengan apa kemungkinan.

“Apa yang penting adalah biarkanlah kali ini ia menjadi satu kabinet yang kuat dan mampu berkhidmat untuk rakyat dan pilihlah mereka yang berpengalaman serta mampu membuat kerja kepada rakyat.

“Perlu diingat juga, dalam masa beberapa bulan dan tak lama lagi berkemungkinan negara akan menghadapi Pilihan Raya Umum semula dan jika kita mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, mereka akan dapat menilainya semula semasa pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa besar atau kecil anggota barisan Kabinet Kerajaan kali ini tidak penting sebaliknya keberkesanan mereka yang dipilih nanti dalam melaksanakan kerja.

“Jika kecil dan berkesan maka itu sebaiknya sama juga jika besar dan mampu menyelesaikan masalah rakyat itu juga wajar disokong tetapi apa yang penting keberkesanan mereka dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Beri PM peluang, ruang seluasnya tentukan Kabinet


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM beri jaminan atasi kelewatan BKC – Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker