Isham Jalil balas Annuar – Dalam politik jangan cepat ‘koyak’


Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil menyarankan supaya Annuar Musa selalu tenang, cekal dan istiqamah dalam perjuangannya.

Isham yang juga bekas pegawai khas kepada Najib Razak merujuk kepada hantaran Facebook bekas setiausaha agung BN yang disingkirkan itu berkenaan siapa Isham Jalil.

“Saya Ketua Penerangan BN Negeri Selangor merangkap akar umbi ahli biasa Umno. Apa ada masalah?

“Dalam politik, jangan cepat koyak Tan Sri. Perlu selalu tenang, cekal dan istiqamah dalam perjuangan,” katanya dalam hantaran di Facebook.



Terdahulu, Annuar Musa yang juga menteri Wilayah mempersoalkan siapa Isham selepas kenyataannya berhubung kerjasama Umno dan Pakatan Harapan (PH) semalam.

“Dia ini siapa? Ketua bahagian mana,” soal Annuar pada ciapan di Twitter.

Isham pada satu kenyataan semalam berkata Umno boleh pertimbang kerjasama dengan PKR, namun jawatan perdana menteri perlu diberikan kepada Umno.

Jelas Isham, akar umbi Umno pasti menolak kerjasama dengan PKR jika matlamatnya untuk mengangkat Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.



Isham berkata demikian merujuk kepada kenyataan Anwar yang mendakwa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Pada hemat saya, kita terbuka untuk pertimbang kerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka ikhlas dan jujur dalam kerjasama tersebut.

“Dan ia juga bergantung kepada penerimaan akar umbi Umno dan pucuk pimpinan parti,” kata Isham semalam. Mk

Puad: Ada saja alasan ingkar SOP, Annuar jangan koyak imej PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker