Zuraida mahu ke Afghanistan bimbing Taliban

Zuraida mahu ke Afghanistan bimbing Taliban perkasa hak wanita

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhasrat ke Afghanistan untuk membimbing kerajaan baharu Taliban serta rakyatnya dari segi pembangunan dan pemberdayaan wanita.

Katanya, sebagai negara Islam membangun, banyak yang dapat dipelajari Taliban dari Malaysia, seperti mengoptimumkan peranan wanita dalam politik, pendidikan, ekonomi dan masyarakat.



“Sekiranya berpeluang, saya turut berminat untuk ke sana sekali lagi, kali ini bagi membantu untuk membimbing pemerintah dan rakyat Afghanistan dari segi aspek pembangunan dan pemberdayaan wanita,” kata Zuraida.

Beliau turut menggesa negara Islam progresif lain menghantar wakil pemimpin wanita mereka ke negara yang dibelenggu krisis itu bagi membantu agenda pemberdayaan wanita.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan pentadbiran Taliban 20 tahun lalu bersifat jumud dan menolak sebarang bentuk kemajuan, terutamanya dalam hal pembangunan dan pemberdayaan wanita serta kanak-kanak perempuan.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


“Apabila pentadbir sesuatu negara itu memegang ideologi terlalu ekstrem, masyarakat dunia perlu bertanggungjawab dalam memastikan nasib dan hak golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di sesebuah negara itu terus terbela,” katanya dalam kenyataan.

Zuraida mengimbau misi bantuan ke negara itu yang disertainya pada 2002, apabila beliau melihat sendiri wanita dan kanak-kanak di sana secara umumnya dianggap rakyat kelas kedua, dengan hak mereka sering dinafikan pemerintah.

“Dalam jangka masa 20 tahun Afghanistan ditinggalkan Taliban, kita melihat peluang telah pun dibuka untuk wanita dan kanak-kanak perempuan di sana untuk menimba ilmu dan menceburi pelbagai bidang seperti sains dan teknologi.



“Kini Taliban telah kembali lagi untuk menuntut semula tampuk pemerintahan sebuah negara yang telah mereka tinggalkan dahulu.”

Beliau berkata, mungkin terdapat sedikit sinar harapan untuk kemajuan wanita di rantau itu, apabila pemimpin Taliban menyuarakan pendirian bagi membenarkan kanak-kanak perempuan meneruskan pendidikan.

“Kini kita harus melihat sejauh mana komitmen Taliban untuk terus membenarkan perkara tersebut terus dilaksanakan.

“Ketika ini, masyarakat dunia perlu segera memerhatikan perkembangan yang berlaku di Afghanistan.



“Kita harus terus mencari jalan agar wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan mempunyai peluang untuk memajukan diri mereka demi matlamat untuk mencapai masa hadapan lebih baik.”

Awal minggu ini, media melaporkan Taliban mengisytiharkan berjaya menawan seluruh Afghanistan selepas memasuki Istana Presiden di Kabul.

Ahad lalu, Presidennya, Ashraf Ghani melarikan diri dari Afghanistan, selepas Taliban memasuki Kabul.

Ramai rakyat Afghanistan bimbang Taliban akan kembali kepada amalan lama dengan melaksanakan Syariah. Ketika pemerintahan Taliban dari 1996 hingga 2001, wanita tidak dibenarkan bekerja dan hukuman lain seperti rejam, sebat dan gantung akan dikenakan ke atas kesalahan lain.



Tetapi, Taliban kali ini berusaha mempamerkan wajah lebih sederhana, dengan berjanji akan menghormati hak wanita dan melindungi warganegara serta warga asing. FMT

Zuraida mahu ke Afghanistan bimbing Taliban

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker