Wanita maut terjatuh dari tren LRT

Sebaran :

Wanita maut terjatuh dari tren LRT

Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Sentul Timur, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ,kejadian dipercayai berlaku semasa wanita itu berjalan di atas tren yang tidak bergerak.

“Dia juga duduk di besi penyambung gerabak dan terjatuh apabila tren mula bergerak, sebelum digilis,” katanya dalam kenyataan.

Eng Lai berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan dan kes masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, gangguan perkhidmatan laluan LRT Ampang/Sri Petaling berlaku disebabkan pencerobohan itu yang dilapor pada 4.45 petang.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan dari Stesen Sentul Timur ke Stesen PWTC terpaksa dihentikan dan syarikat itu menyediakan bas perantara untuk kemudahan pengguna dengan kekerapan 30 minit.

“Kami meminta maaf kepada pengguna atas gangguan perkhidmatan ini. Sebagai keselamatan Stesen LRT Sentul Timur dan PWTC akan terus ditutup sehingga maklumat lanjut,” kata kenyataan itu.

Pihak Rapid KL juga akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam melakukan siasatan ke atas kes berkenaan, selain meminta orang ramai untuk tidak menyebar gambar kejadian mahupun membuat spekulasi bukan-bukan. FMT

Wanita maut terjatuh dari tren LRT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan


Sebaran :

Leave a Reply