Pemain bola sepak Afghanistan maut terjatuh dari pesawat AS

Pemain bola sepak Afghanistan maut terjatuh dari pesawat AS

KABUL – Seorang pemain bola sepak Afghanistan, Zaki Anwari maut akibat terjatuh dari sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) ketika cuba berpaut pada badan pesawat untuk melarikan diri dari negara itu.

Zaki bermain untuk pasukan remaja kebangsaan Afghanistan.

Direktorat Am Pendidikan Jasmani dan Sukan Afghanistan mengesahkan kematian pemain remaja tersebut dalam insiden kekecohan yang berlaku di lapangan terbang Kabul minggu ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Zaki, sama seperti remaja-remaja Afghanistan yang lain, mahu meninggalkan negara itu namun terjatuh ketika cuba berpaut pada pesawat AS dan meninggal dunia,” kata organisasi tersebut dalam satu hantaran di Facebook.

Beribu-ribu rakyat Afghanistan menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai minggu ini dalam usaha untuk keluar dari negara itu selepas Kabul ditawan oleh tentera Taliban.

Keadaan itu menyebabkan ratusan orang terdesak untuk menaiki pesawat tentera AS sehingga ada antara mereka yang memanjat dan berpaut pada badan serta sayap pesawat.

Beberapa cebisan mayat kemudiannya dijumpai melekat pada roda pesawat C-17 selain ada yang terjatuh di sekitar landasan. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Pemain bola sepak Afghanistan maut terjatuh dari pesawat AS

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker