Ego parti halang pembentukan kerajaan perpaduan

Ego parti halang pembentukan kerajaan perpaduan

Pembentukan kerajaan perpaduan dilihat sukar diterjermahkan meskipun negara ketika ini berdepan kesulitan ekoran pandemik COVID-19 kerana ada parti politik masih ‘menjunjung’ kuat prinsip, pendirian dan resolusi menolak kerjasama dengan parti musuh.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis, berpandangan adalah mustahil untuk parti yang menjadi kerajaan melantik pemimpin pembangkang sama ada menganggotai Jemaah Kabinet, lebih-lebih lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Melainkan katanya, terdapat kerjasama rentas parti membabitkan pemimpin pembangkang yang boleh dipertimbang dilantik menganggotai barisan jawatankuasa majlis tertentu terutama bertujuan membantu kerajaan memulihkan negara.

“Siapa bakal Timbalan Perdana Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri dan saya rasa mustahil untuk kita melihat pembangkang dilantik ke jawatan itu atau Kabinet.

“Mungkin yang terbaik melantiknya dalam kalangan pakatan yang sama tetapi tidak salah untuk menjemput pembangkang bekerjasama dalam bentuk lain macam jawatankuasa, majlis, jawatankuasa kerja dan sebagainya bagi mendapatkan sinergi yang baik bekerjasama untuk melawan COVID-19.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Masalah utama untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah ego dan ketegaran masing-masing yang meletakkan ia halangan mutlak sampai tak masuk akal untuk bekerjasama. Sepatutnya dalam zaman pandemik ini, kendurkanlah sikit,” katanya kepada BH hari ini.

Menyentuh siapa bakal Perdana Menteri kesembilan, Mujibu menaruh harapan agar individu dipilih nanti dapat menonjolkan persepsi baik demi meraihkan keyakinan bukan saja kepada masyarakat tempatan malah kepercayaan antarabangsa bagi memulihkan semula reputasi negara menerusi dasar kerajaan baharu nanti.

Katanya, aspek itu akan dinilai oleh entiti dalam dan luar negara supaya pelabur antarabangsa yakin untuk menjalankan perniagaan di negara ini sewaktu pandemik COVID-19.

“Siapa bakal Perdana Menteri akan dinilai dan menggambarkan persepsi serta keyakinan pelabur kepada negara. Kalau lantik Perdana Menteri yang dilihat berwibawa, kuat, reputasi serantau ada jaringan antarabangsa yang kukuh, maka ia bagus untuk negara serta jangkaan pendekatan kepada dasar negara kelak.

“Memang diharapkan ada dasar dan cara baharu yang tuntas untuk COVID-19 dan Perdana Menteri baharu nanti wajib selesaikan krisis COVID-19 sebab inilah masalah yang paling perlu ditangani sekarang,” katanya.

Mengenai komposisi Jemaah Menteri kelak, Mujibu berpendapat secara idealnya Kabinet harus kecil jumlahnya dan lebih fokus melantik portfolio perlu sahaja.

Menurut beliau, ini bukan masanya untuk ‘membalas jasa’ dengan pelantikan sebagai menteri susulan sokongan yang diberikan.

“Kita tidak perlu jawatan Menteri Kanan disebabkan ia jelas tak menyumbang apa-apa kebaikan bila jawatan itu wujud kira-kira 17 bulan lalu. Tiada keperluan untuk jawatan Menteri Mentor dan dua timbalan menteri dalam satu kementerian.

“Yang perlu diisi adalah Menteri Kesihatan, Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Luar Negeri, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandarserta Sains, Teknologi dan Inovasi bagi urusan vaksinasi kebangsaan,” katanya. BH

Ego parti halang pembentukan kerajaan perpaduan

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker