Perbincangan KHAS: Raja-Raja Melayu mula bersidang

Raja-Raja Melayu mula bersidang. Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu semasa termasuk pelantikan Perdana Menteri baharu sedang berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.

Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat berangkat tiba selepas kenderaan dinaiki Baginda memasuki pintu 1 Istana Negara pada jam 1.56 petang.

Kenderaan yang membawa Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula menyusul pada jam 2.14 petang diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, jam 2.22 petang.



Tiga minit kemudian, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat tiba disusuli Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 2.35 petang.

Pada Isnin, ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri bersama seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.

Susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.



Pada Selasa pula, Seri Paduka Baginda dan timbalannya, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua parti politik.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua 220 ahli Dewan Rakyat dititahkan untuk mempersembahkan surat akuan bagi menyatakan sokongan kepada seorang ahli Dewan Rakyat sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang Raja Berperlembagaan dan akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Jumaat bagi membincangkan isu semasa.

Raja-Raja Melayu mula bersidang




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker