Sokongan bersyarat, MT UMNO akan bermesuarat esok?

Sokongan bersyarat, MT UMNO akan bermesuarat esok?

Gara-gara gelisah dan mencurigai dengan sokongan bersyarat yang diikrarkan oleh sekutunya, Bersatu dalam memberi sokongan bersyarat kepada calon perdana menteri parti itu Ismail Sabri Yaakob, Umno dilaporkan akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok.

“Malam tadi, beberapa pemimpin Umno mengadakan perbincangan. Malam esok pula dijadual MT khas.

“Umno gelisah dan pandang serius kenyataan sokongan bersyarat Muhyiddin,” kata sumber dalaman itu kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi, seorang anggota MT mengesahkan perjumpaan malam tadi. Namun, katanya masih tidak pasti dengan mesyuarat khas esok.

“Saya dengar ada mesyuarat MT khas esok. Tapi, masih tidak menerima panggilan untuk mesyuarat. Mungkin tunggu pengumuman daripada Majlis Raja-Raja hari ini,” kata seorang lagi pemimpin parti yang tidak ingin mendedahkan namanya.

Semua ini gara -gara parti itu yang memandang serius dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin yang menyatakan sokongan bersyarat kepada calon perdana menteri parti itu Ismail Sabri Yaakob.

“Ada juga kemungkinan mesyuarat MT diadakan selepas calon PM angkat sumpah,” tambahnya lagi.

Semalam, Muhyiddin menerusi kenyataan berkata bahawa sokongan daripada 50 anggota parlimen gabungan itu kepada Ismail Sabri adalah bersyarat.

Muhyiddin berkata naib presiden Umno itu mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Selain itu Muhyiddin berkata Ismail juga mesti meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berperlembagaan.

Sementara itu, sumber parti berkenaan berkata mesyuarat beberapa pemimpin tertinggi Umno semalam membincangkan kesan jika terima sokongan brsyarat Muhyiddin.

“Umno berpendapat bahawa kenyataan Muhyiddin satu ugutan.

“Umno bimbang Ismail Sabri tak mampu bertahan, jika Bersatu teruskan ugutan,” kata sumber parti itu lagi.

Sumber itu turut menyentuh peristiwa 15 ahli Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin yang memaksa Presiden Bersatu itu meletak jawatan pada 16 Julai.

“Sekarang Umno bimbang Bersatu boleh buat tindakan yang sama. Tiada jaminan sebuah kerajaan stabil boleh dibentuk,” katanya.

Malaysiakini sedang menghubungi Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan untuk mendapatkan komen.

Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan di Istana Negara hari ini bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berkaitan dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berdasarkan kenyataan parti-parti utama dan ahli parlimen sehingga semalam, nama naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob merupakan calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin, manakala PH kekal mencalonkan presiden PKR, Anwar Ibrahim. Mk

Sokongan bersyarat, MT UMNO akan bermesuarat esok?

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker