‘Gelupuh kena soal siasat? Azwan ‘serang’ Che Ta lagi..

‘Gelupuh kena soal siasat? Azwan ‘serang’ Che Ta lagi… Selepas pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya, pengacara sensasi, Azwan Ali tidak menunggu lama untuk membalas tindakan tersebut.

Azwan atau nama lengkapnya, Mohamed Azwan Ali menerusi Twitter seperti mengajuk Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta dengan satu ciapan ringkas.

“Syabas Polis Diraja Malaysia (PDRM)! Kekal nombor satu! Gelupuh (gelupur) kena soal siasat? Ha, menyalak lagi,” ciapnya sebentar tadi.

Hari ini, Che Ta memberi keterangan hampir empat jam berhubung laporan polis yang dibuat pengacara kontroversi tersebut terhadapnya di di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfiel, Kuala Lumpur.

Che Ta ketika ditemui Kosmo! Online memberitahu, proses memberi keterangan berjalan dengan lancar dan kini hanya menunggu untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, tular kenyataan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bertindak membuat laporan polis terhadap Che Ta yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Menerusi laporan polis yang dibuat, Diva AA menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya adalah berunsur fitnah hingga merosakkan imej dan reputasinya sebagai seorang anak seni.

Dalam satu laporan media sebelum ini menyebut, Diva AA, 55, bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada Che Ta yang didakwa telah memfitnahnya.

‘Gelupuh kena soal siasat? Azwan ‘serang’ Che Ta lagi..


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker