Blok pembangkang sepakat namakan Anwar, Shafie calon PM

Blok pembangkang sepakat namakan Anwar, Shafie calon PM

Blok pembangkang akan mengemukakan dua nama iaitu Anwar Ibrahim dan Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri dengan sokongan asas masing-masing sekata membabitkan 105 Ahli Parlimen.

Presiden Warisan, Mohd Shafie berkata keputusan permuafakatan berkenaan dipersetujui oleh semua rakan pembangkang, termasuk Pejuang.

“Ada dua calon untuk pastikan mungkin ada di Parlimen yang nakkan (mahukan) Datuk Seri Anwar, (tetapi) tak nakkan saya. Ada Ahli Parlimen yang nakkan saya, tak nak Anwar. Itu antara kaedah yang nak kita gunakan untuk menambah jumlah Ahli-ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada perjuangan kita.

“Jadi, sekiranya ada sokongan tambahan yang meyakini Anwar menerajui, tidak akan beralih sokongan kepada saya. Begitu juga jika ada tambahan sokongan terhadap saya, saya tidak dapat beri jaminan sokongan mereka boleh dialihkan kepada Anwar.

“Jadi calon itu bukan dari sudut akuan berkanun (SD) sahaja, sebab Tuanku bertitah kita kena bawa pergi Parlimen untuk mengesahkan ‘valid’ (keabsahan), ‘this is the right candidate’ (ini calon sebetulnya).

“Jadi, kita kena pastikan kemungkinan bila ada SD dapat terima, saya ditawarkan, lepas itu saya serahkan (kepada Anwar, tetapi) dia tolak di Parlimen, nanti kita susah,” katanya dalam wawancara di Awani, malam ini.

Katanya, permuafakatan daripada rakan-rakan pembangkang turut dibincang bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu di Istana Negara.

“Calon pertama adalah Datuk Seri Anwar dan keduanya, saya. Anwar ada 105, saya ada 105 dan ini permuafakatan kita.

“Tetapi, dalam siapa di antara kita yang dapat meraih undi untuk menjadi calon pilihan, untuk itu kita kena akur.

“Sekiranya Anwar boleh membawa jumlah yang besar berbanding saya, saya kena akur. Dan saya ada nyatakan dengan beliau jangan bimbang kita kena pastikan kumpulan pembangkang yang telah dimandatkan oleh rakyat dalam pilihan raya lalu untuk memerintah negara,” katanya.

Beliau yang juga bekas ketua menteri Sabah, berkata blok pembangkang turut mempunyai pengalaman, selain kehendak politik (political will) yang kuat untuk kembali mentadbir negara berikutan mandat rakyat kepada mereka pada pilihan raya sebelum ini.

“Pengangguran hampir dua juta, hutang negara meningkat, perubahan ini tidak porak-peranda. Di Jepun, PM (Perdana Menteri) berubah lima kali dalam setahun, tidak ada mereka hentikan keluarkan Toyota, Lexus dan industri mereka masih bergerak,” katanya.

Hari ini, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, meminta semua Ahli Parlimen membuat akuan berkanun (SD) untuk mengisytiharkan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Dalam notis itu, semua Ahli Parlimen diminta menyerahkan SD mereka menjelang 4 petang esok.

Walaupun tiada format yang ditentukan untuk SD, Ahli Parlimen dimaklumkan ia perlu merangkumi perincian hanya seorang calon dengan perisytiharan sokongan Ahli Parlimen yang jelas dan tanpa syarat.

SD itu juga harus memasukkan tarikh, tandatangan Ahli Parlimen dan seorang saksi atau cap rasmi, jika saksi itu adalah peguam bela, peguam cara, pesuruhjaya sumpah atau notari awam. FMT

Blok pembangkang sepakat namakan Anwar, Shafie calon PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker