8 Peralatan Yang Memudahkan Urusan Anda Di Dapur

8 Peralatan Yang Memudahkan Urusan Anda Di Dapur

PERALATAN dapur sangat penting dalam membantu kita mengurangkan masa yang lama untuk menyediakan sajian.

Dalam situasi kita work from home (wfh) dan anak-anak yang belajar dari rumah, apa sahaja benda praktikal serta dapat mengurangkan masa itu sangat diperlukan ketika ini.

Artikel kali ini kami akan cadangkan kepada anda, lapan peralatan yang bukan sahaja mempunyai kemasan yang baik tetapi juga rekaan functional dalam memudahkan urusan anda di dapur.

Asingkan bubuk beras dengan mudah!

Dengan adanya bekas penapis basuhan beras ini, anda akan merasai pengalaman lebih selesa tanpa risau banyak beras yang jatuh ke dalam sinki ketika membasuhnya.

Bendasing termasuk bubuk beras turut dapat diasingkan dengan lebih mudah, yang mana ia akan mengalir keluar menerusi lubang penapis tersebut.

Bendasing termasuk bubuk beras turut dapat diasingkan dengan lebih mudah menerusi penapis basuhan ini.

Bendasing termasuk bubuk beras turut dapat diasingkan dengan lebih mudah menerusi penapis basuhan ini.

Papan cincang dan bakul cuci, dua dalam satu

Sebelum ini mungkin kita perlu keluarkan besen kecil untuk membasuh sayur atau buah dan selepas itu terpaksa mengambil papan cincang (chopping board) pula untuk tujuan memotong.

Kini tidak perlu lagi kerana rekaan inovasi menjadinya satu item dengan dual fungsi. Ia juga mempunyai lubang untuk mengalirkan air keluar daripada bakul cuci tersebut. Dapatkan di sini.

Satu item dengan dual fungsi, ia mempunyai lubang untuk mengalirkan air keluar daripada bakul cuci tersebut.

Satu item dengan dual fungsi, ia mempunyai lubang untuk mengalirkan air keluar daripada bakul cuci tersebut.

Kekuli tahan karat, pelindung percikan minyak

Kami faham ramai yang trauma setiap kali menggoreng ikan atau ayam pasti akan terkena percikan minyak panas dan terpaksa mengalirkan air selama beberapa minit bagi meredakan rasa sakit (jangan menyapu ubat gigi pada bahagian melecur bagi mengelakkan kerengsaan kulit).

Dengan pelindung percikan minyak ini, anda tidak lagi perlu risau dan boleh menggoreng dengan selamat dan cepat.

Rasai pengalaman menggoreng yang selesa tanpa risau akan percikan minyak panas.

Rasai pengalaman menggoreng yang selesa tanpa risau akan percikan minyak panas.

Pengisar automatik serbaguna

Dengan adanya pengisar automatik serbaguna bersaiz mini ini, anda tidak lagi perlu mengeluarkan mesin pengisar dengan wayar yang panjang itu ketika ingin menyediakan nasi goreng.

Bersama ciri ditambah baik, ia menjimatkan masa anda dalam menyediakan menu sarapan pagi bersama keluarga mahupun pasangan.

Tidak perlu lagi dengan lenguh-lenguh tangan mengisar secara manual seperti versi sebelum ini.

Jimat masa dan ruang dengan mini pengisar automatik serbaguna.

Jimat masa dan ruang dengan mini pengisar automatik serbaguna.

Bekas penyimpanan minyak guna semula

Penggunaan semula minyak masak merupakan kaedah penjimatan yang sering dipraktikkan, namun perlu dipastikan agar sisa daripada penggunaan sebelumnya perlu diasingkan bagi mengelakkan minyak cepat rosak dan tercemar.

Penapis minyak ini direka dengan muncung yang mudah dituang selain bahagian pemegang yang ergonomik.

Penapis minyak ini direka dengan muncung yang mudah dituang selain bahagian pemegang yang ergonomik.

Dengan adanya penapis minyak bersama rekaan muncung yang mudah dituang selain bahagian pemegang yang ergonomik, ia memudahkan urusan anda ketika memasak.

Namun perlu dipastikan supaya mengelakkan menggunakan minyak yang sama terlalu kerap sehingga menyebabkan degradasi dan kerosakan minyak.

Pam sos, sukatan lebih tepat dan terkawal

Dengan menggunakan pam sos, anda dapat memastikan sukatan yang tepat dan tuangan yang mudah dikawal ketika memasak. Jimat masa, masakan pun sedap!.

Dapatkan sukatan yang tepat dan mudah dengan pam sos ini.

Dapatkan sukatan yang tepat dan mudah dengan pam sos ini.

Balang kedap udara

Balang kedap udara sangat penting selain menjadikan bahagian dapur kelihatan lebih rapi, ia turut memudahkan untuk kita mencapai bahan-bahan ketika memasak.

Selain dapur kelihatan kemas, ia turut memudahkan anda untuk mencapai bahan makanan ketika menyiapkan sajian.

Selain dapur kelihatan kemas, ia turut memudahkan anda untuk mencapai bahan makanan ketika menyiapkan sajian.

Bagaimanapun jangan lupa untuk labelkan balang anda dengan label barang yang betul dan yang penting… kalis air!

Lebih praktikal, pastikan label balang ini bersifat kalis air!

Lebih praktikal, pastikan label balang ini bersifat kalis air!

Pengupas kulit udang

Perkara paling ramai tidak suka apabila menikmati makanan laut adalah renyah untuk kupas kulit udang. Dengan adanya alat pengupas kulit udang ini, pengalaman menikmati spageti aglio olio kini lebih selesa.

Nikmati sajian makanan laut dengan lebih selesa dengan pengupas kulit udang.

Nikmati sajian makanan laut dengan lebih selesa dengan pengupas kulit udang.

Justeru itu, jadikan masa memasak anda lebih mudah dan praktikal dengan cadangan-cadangan peralatan dapur ini.

*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.-Awani

8 Peralatan Yang Memudahkan Urusan Anda Di Dapur


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Kerajaan Minoriti Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan – Azalina

Mahiaddin Md. Yasin terdesak selamatkan hayat politik

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker