PAS kekal ‘mood bertahan’ buat keputusan selepas mesyuarat Jemaah Menteri

PAS hanya akan menetapkan sebarang keputusan lanjut selepas meneliti hasil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dijadual berlangsung esok.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ketika ini parti itu terus kekal dengan pendirian mereka untuk bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, mereka membuat ketetapan itu semalam menerusi mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Parlimen daripada parti itu serta majlis syura.



“Kita menegaskan dasar parti iaitu mempertahankan PN dan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). PAS kekal menjadi jambatan antara dua parti besar Melayu, PAS dan Umno serta menjadi jambatan kepada Bersatu.

“Demi kebaikan negara dan politik bagi jangka panjang, parti besar Melayu mesti bersama sebab ia tonggak kepada kerajaan, disusuli parti lain yang mempunyai kepelbagaian kaum,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Khairuddin berkata beliau tidak akan mendedahkan bagaimana kaedah parti untuk memperkukuhkan MN kerana ia adalah kerja dalaman PAS.

“Bagaimana kaedah memperkukuh MN itu adalah kerja dalaman PAS yang tak boleh didedahkan kepada umum, walaupun Umno dan Bersatu dilihat tidak mencapai kesepakatan,” katanya.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker