Kempen utamakan elemen populariti, angkat watak hero untuk tarik pengundi, ketepikan isu rakyat

Kempen utamakan elemen populariti, angkat watak hero untuk tarik pengundi, ketepikan isu rakyat

Naratif politik dalam pilihan raya yang sepatutnya diisi dengan isu rakyat, kini dikhuatiri terhakis apabila wujudnya gabungan parti yang menekankan elemen populariti dengan mengangkat watak ‘hero’ bagi menarik sokongan pengundi.

Penganalisis Keselamatan dan Politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata konsep diketengahkan kini seolah-olah berbentuk politik hiburan dengan mengangkat satu karakter sehingga akhirnya mengaburi matlamat kempen pilihan raya.



Beliau berkata, pendekatan ini khususnya dalam tempoh kempen, dilihat tersasar dan perlu diperbetulkan kerana ia menenggelamkan isu kepentingan rakyat.

“Ia agak merisaukan kerana dalam kempen ia lebih berkisar kepada watak utama dan heroisme, sedangkan isu lebih besar adalah permasalahan rakyat dan sosioekonomi.

“Perkara ini jelas dilihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu yang mana kita tidak nampak isu ekonomi, harga barangan dan banjir dibincangkan, tetapi ia lebih kepada membina populariti serta heroisme dijadikan modal kempen.

“Apabila itu berlaku ia memberi mesej bahawa kempen, manifesto dianggap tidak mustahak dan hanya picisan berbanding simbol peribadi serta heroisme,” katanya pada program Podcast BH Sembang Keras bertajuk ‘Bolehkah Muar Jadi Pintu Masuk Gelombang PN’, di sini, hari ini.



Podcast BH Sembang Keras diadakan sempena pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, 23 Julai lalu.

Pada masa sama, kempen politik yang mempromosikan heroisme, sentimen emosi dan berbentuk politik hiburan ini walaupun mengujakan pengundi, namun ia meletakkan sesebuah kempen itu dilihat kosong.

Noor Nirwandy berkata, taktik digunakan pembangkang dengan menyuntik elemen Islam, Melayu dan mengangkat watak hero, walaupun berjaya di negeri utara dan Pantai Timur, namun diyakini tidak berhasil pada PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Beliau berkata, dengan mengambil kedudukan UMNO yang signifikan di Johor, Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai banyak peluang untuk menembusi kubu kuat parti itu, khususnya mengambil kira perbezaan demografi dan psikografi di negeri itu berbanding di Kedah, Kelantan serta Terengganu.



Katanya, pengundi di Johor yang lebih dikenali dengan diplomasi politik dan peradaban dan ketamadunan, dilihat sukar digugat dengan bentuk kelantangan serta persepsi politik digunakan PN .

“Selain itu, institusi diraja amat kuat di Johor yang secara tidak langsung memberi pengaruh kepada politik di negeri itu, selain peranan baik menteri besarnya dalam pentadbiran.

“Johor juga menekankan pendidikan Islam yang tinggi dan kerajaan negeri turut memberikan peranan baik, maka logiknya tiada ruang untuk Johor menukar corak pengundian kepada pembangkang kecuali persepsi politik,” katanya.

Namun, beliau berkata, jika PN berjaya membuat kejutan khususnya di Simpang Jeram, ia boleh dirumuskan bahawa corak pengundian lebih mementingkan persepsi berbanding kejayaan tata kelola dan pencapaian kerajaan kini.



“Sekiranya pemberat itu berlaku, ia memberi satu bentuk penterjemahan baharu bagi corak pengundian yang dipengaruhi sentimen persepsi politik,” katanya. BH

Kempen utamakan elemen populariti, angkat watak hero untuk tarik pengundi, ketepikan isu rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker