PDRM siasat Roger Ng dulu – IGP

PDRM siasat Roger Ng dulu – IGP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.



“Insya-Allah, kami akan siasat (Ng) terlebih dahulu,” katanya ringkas hari ini.

Semalam, PDRM mengesahkan Ng telah tiba di Malaysia bagi membantu siasatan kes tersebut namun lokasi keberadaan lelaki itu tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

Jumaat lepas, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan pertuduhan di negara ini. Mk

PDRM siasat Roger Ng dulu – IGP



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah



Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker