Samun rantai emas guna renjatan elektrik

Samun rantai emas guna renjatan elektrik

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri mengalami kerugian sebanyak RM3,910 selepas penyamun menggunakan renjatan elektrik terhadap salah seorang daripada mereka semasa sedang menjalankan perniagaan di sebuah rumah kedai runcit di Kampung Batu 1 di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, tiga lelaki telah membawa lari dua utas rantai leher milik mangsa yang berusia 54 tahun dan isterinya, 52 tahun.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah datang ke kedai mangsa untuk membeli sekotak rokok.

Menurutnya, semasa peniaga itu menghulurkan sekotak rokok kepada suspek, lelaki tersebut terus memegang tangan kiri mangsa sebelum menggunakan renjatan elektrik di tangannya.

“Mangsa terkejut dan cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun suspek memegang kuat tangan kiri dan bergelut sehingga peniaga itu terjatuh di bahagian ruang tamu rumah.

“Semasa peniaga itu bergelut dengan suspek, seorang lagi rakannya telah datang dan terus memukul kepala mangsa sehingga berdarah sebelum meragut rantai leher emas jenis lipan di leher mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, mangsa menjerit meminta pertolongan isterinya, namun salah seorang suspek meluru ke arah wanita itu dan meragut rantai lehernya sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki.

Ujarnya, kejadian itu menyebabkan kepala mangsa menerima lima jahitan, luka pada bahagian leher, tangan dan kaki kiri manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, salah seorang suspek berkulit gelap, memakai jaket berwarna hitam berpenutup kepala, berpelitup muka berwarna hitam, memakai sarung tangan kain berwarna putih dan fasih bercakap dialek Kelantan.

“Sehubungan dengan itu, polis sedang memburu ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam kes tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes samun itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang atau balai polis berdekatan,” katanya.

Tambah Choon Foo, kes disiasat mengikut 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan. K Online

Samun rantai emas guna renjatan elektrik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker