Kes cerai di Terengganu naik kerana jumpa kekasih lama

Kadar perceraian di Terengganu mencatat peningkatan dengan ada pasangan bercerai kerana berjumpa kekasih lama.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim, berkata 1,855 kes perceraian dan 9,075 perkahwinan direkodkan tahun ini berbanding 1,656 kes perceraian serta 11,246 perkahwinan pada tahun lalu, meningkat daripada 14.7% kepada 20%.

Katanya, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan memanggil pasangan mahu bercerai untuk proses kaunseling, tetapi kadangkala mereka menyembunyikan punca sebenar perceraian.

“Kebanyakannya boleh kita kategorikan, antaranya masalah pegangan agama lemah menyebabkan berlakunya gangguan dan juga pengaruh luar cepat masuk ke dalam rumah tangga yang membabitkan ahli keluarga, suami isteri muda dan bebanan masalah ekonomi, kewangan serta pengaruh media sosial.

“Malah, pengaruh media sosial mencatatkan angka sangat mencemaskan kita, yang mana ramai bercerai apabila berjumpa kekasih lama,” katanya menurut Harian Metro dalam sesi penggulungan di sidang DUN Terengganu hari ini.

Maliaman berkata, masalah perceraian akan memberi kesan kepada sosial dan keluarga, khasnya anak.

“Pengalaman saya sebagai guru, apabila berlaku perceraian ibu bapa, anak-anak akan terkesan, sangat parah sehingga hampir mahu bunuh diri pun ada kerana tekanan yang mereka hadapi daripada perceraian ibu bapa.”

Justeru, katanya, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) merancang pelbagai program bersama Urus Setia Wanita Terengganu ke arah kesejahteraan hidup rakyat dan membudayakan wanita sebagai tulang belakang rumah tangga.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker