Kes MyAiline: Polis tahan seorang lagi suspek

Kes MyAiline: Polis tahan seorang lagi suspek

Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan penerbangan tambang murah, MYAirline.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, suspek lelaki itu akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur untuk tahanan reman pada jam 10 pagi ini.



“Pada awal pagi ini satu lagi tangkapan suspek telah dibuat di rumahnya di Bangsar.

“Setakat ini JSJK PDRM telah merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 items barang kemas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kurangkan kerja, dapat lebih! Seni membuat wang dalam talian

Penahanan itu menjadikan empat individu ditahan termasuk pengasas syarikat penerbangan tambang murah itu.



Sebelum ini, 15 individu memfailkan saman terhadap pengasas bersama MYAirline, ahli perniagaan, Allan Goh Hwan Hu, dan empat syarikat atas dakwaan gagal membuat bayaran balik berhubung pelaburan lebih RM8 juta.

Ramli juga berkata, reman suspek utama tamat pada hari ini dan akan dibebaskan dengan jamin polis.

“Siasatan masih diteruskan dengan tumpuan semakan dokumen penting dalam transaksi perniagaan i-Serve,” katanya lagi.

Reman suspek utama tamat pada hari ini dan akan dibebaskan dengan jamin polis.



Siasatan masih diteruskan dengan fokus semakan dokumen penting dalam transaksi perniagaan I-Serve. Mk

Kes MyAiline: Polis tahan seorang lagi suspek

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker