Amyra Rosli hos baru Nona ganti Mira Filzah

Amyra Rosli hos baru Nona

Kuala Lumpur: Pelakon Amyra Rosli diumumkan sebagai pengacara baharu program Nona di TV3 menggantikan pelakon Mira Filzah yang sudah berkhidmat hampir tiga tahun.

Amyra berkata, dia berasa terkejut dengan tawaran yang diberikan dan akan berusaha keras untuk mengalas tanggungjawab itu.

“Siapa yang tak terkejut apabila diberi peluang untuk mengendalikan program Nona yang cukup dikenali ramai dan satu program yang sangat besar.

“Sejak dulu lagi saya memang ada impian nak menjadi pengacara tapi belum cukup ilmu.

“Namun apabila tawaran ini datang, saya buang perasaan takut itu jauh-jauh dan mahu cabar diri,” katanya ketika sidang media pengumuman hos baharu Muzik-Muzik, Melodi dan Nona yang diadakan secara maya, hari ini.

Selain kehadiran Amyra mewarnai Nona, penyanyi Sissy Imann bakal menggantikan Daiyan Trisha mengacarakan Muzik-Muzik bersama Alif Satar, manakala Nabila Huda menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari dalam program Melodi.

Menurut Amyra, sebagai pengacara dia ingin membawa kelainan baharu selain ingin menjadi diri sendiri.

“Tugas sebagai pengacara sememangnya bukan mudah dan saya akui sedikit gementar tapi banyakkan membaca dan membuat latihan mengenai cara penyampaian yang baik,” katanya.

Tambah Amyra, buat masa ini belum ada kecaman yang diterima apabila diumumkan sebagai pengacara Nona yang baharu.

“Setakat ini saya tidak menerima apa-apa komen atau mesej peribadi yang mengecam. Mungkin sebab saya selalu kongsi perkara yang positif di media sosial, membuatkan tiada apa yang perlu diperbesarkan.

“Cuma sekarang ini orang ramai menantikan apa kelainan yang saya akan tampilkan membuatkan saya agak gementar. Insha-Allah saya akan cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Amyra akan mula bersiaran dalam Nona bermula 8 Ogos ini. HM

Amyra Rosli hos baru Nona


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker