Lebih 1000 pesakit icu, 207 kematian

Lebih 1000 pesakit icu, 207 kematian

Jumlah pesakit di ICU pertama kali lepasi 1,000, kematian

KUALA LUMPUR – Jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat melebihi 1,000 dengan 1,009 kes hari ini.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes kritikal itu adalah jumlah paling tinggi dicatatkan setakat ini.

Katanya, jumlah kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan pula adalah sebanyak 524 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan hari ini berjumlah 165,840.

“Angka korban yang dilaporkan hari ini turut merekodkan jumlah tertinggi iaitu 207 menjadikan keseluruhan kes meninggal dunia akibat Covid-19 iaitu 8,201.

“Jumlah kes sembuh turut mencatatkan bilangan yang tinggi iaitu 9,372 kes menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuh 853,913 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.



Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan, sebanyak 14,516 kes positif harian baharu dilaporkan hari ini yang mana 14,513 merupajan penularan tempatan manakala tga lagi kes import.

Johor dan Kedah mula menunjukkan peningkatan apabila masing-masing melebihi empat digit iaitu 1,449 dan 1,160 kes. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



Lebih 1000 pesakit icu, 207 kematian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tanpa desakan UMNO, mustahil darurat ditamatkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker