‘Darurat’ dibatalkan 5 Hari lepas kenapa tiada pengumuman awal?

‘Darurat’ dibatalkan 5 Hari lepas kenapa tiada pengumuman awal?. Dalam persidangan Parlimen yang sedang berlangsung kita dimaklumkan bahawa enam ordinan darurat telah dibatalkan pada 21 Julai.

Mengapa tiada langsung pengumuman sebelum ini?

Benar, Parlimen merupakan medan terbaik untuk membahaskan isu-isu dasar berkepentingan negara tetapi untuk suatu keputusan besar seperti pembatalan darurat, mengapa tiada pemakluman awal kepada umum?

Bermakna, selama 5 hari rakyat tidak diberitahu undang-undang dan sistem apa yang beroperasi dalam negara.

Bagaimana kesahihan segala tindakan selama 5 hari ini baik kompaun, denda dan lain-lain perihal pentadbiran negara yang berlandaskan andaian bahawa undang-undang darurat masih terpakai?

Dalam perbahasan tadi kita mendengar bahawa Perlembagaan memperuntukkan bahawa sebarang Ordinan Darurat mesti dibentang kepada Parlimen, melainkan ia dibatalkan lebih awal.

Adakah mengelak prosedur perbahasan ini menjadi sebab pembatalan dibuat awal? Sedangkan semalam kenyataan rasmi UMNO jelas mahu membahas dan membatalkan ordinan darurat.

Apapun, suatu penjelasan tuntas mesti dibuat segera bagi mengelak kekeliruan. Dalam Dewan tadi pun, masih wujud kekeliruan apakah status darurat.

Adakah proklamasi kekal sehingga 1 Ogos tetapi ordinannya sahaja yang batal?

Bilakah keputusan pembatalan ini dibuat? Adakah telah diperkenan SPB YDPA?

Disebalik semua kekeliruan ini, suatu yang jelas:

Sepertimana beberapa keputusan besar sebelum ini misalnya untuk melaksanakan persidangan Parlimen kali ini pun, setelah didesak berkali-kali oleh pelbagai pihak termasuk UMNO, barulah sesuatu tindakan diambil dan seakan tergesa-gesa.

‘Darurat’ dibatalkan 5 Hari lepas kenapa tiada pengumuman awal?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Menteri Kilang’ teruk jadi lauk pembangkang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker