‘Menteri Kilang’ teruk jadi lauk pembangkang

‘Menteri Kilang’ teruk jadi lauk pembangkang. Tindakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menjawab bagi pihak Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membangkitkan suhu panas Dewan Rakyat melibatkan ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Mohamed Azmin (Bersatu-Gombak) bangun untuk menjawab dakwaan kluster kilang seperti dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) sedangkan soalan itu patut dijawab Tengku Zafrul.

Beliau menjelaskan tiada bukti jelas menunjukkan bahawa jangkitan Covid-19 disumbang oleh sektor kilang dan industri.

“Ketua Pembangkang kena bagi hujah berfakta, Port Dickson (Anwar) bukan Ketua Ranting tetapi Ketua Pembangkang dan kononnya bakal Perdana Menteri,” katanya.

Jawapan itu namun tidak berjaya memuaskan hati ahli-ahli pembangkang yang mendakwa fakta itu tidak berasas dan mengikut fakta kesihatan sehingga mereka mempertikai kredibilti Mohamed Azmin sebagai Menteri Kanan.

Antaranya Dr. Lee Boon Chye (PH-Gopeng) dan Dr. Ong Kian Ming (PH-Bangi).

Namun ketika Mohamed Azmin cuba menunjukkan carta data-data mengenai kluster kilang, ramai yang bersuara menyindirnya dengan menyebut perkataan ‘kabur’.

‘Menteri Kilang’ jadi lauk pembangkang

Pembatalan darurat pun boleh ‘backdate’, takut la tu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker