Chef Wan krtitik pakaian kontinjen Malaysia

Sebaran :

Chef Wan krtitik pakaian kontinjen Malaysia

Kuala Lumpur: Cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan, 63, menyifatkan busana dipakai delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun, baru-baru ini, kelihatan serabut dan tidak kemas.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail menerusi perkongsian hantaran di Instagram menyuarakan pandangan peribadinya mengenai busana itu yang dirasakan kurang menarik dan cacamarba.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah.

“Teringat pula masa zaman sekolah-sekolah dulu, bila kita dipakai guru-guru baju untuk pementasan bangsawan. Bajet pula terhad. Saya pun pernah terbabit dengan beberapa tugasan persembahan teater sekolah ketika cuti penggal, jadi memori itu tiba-tiba muncul kembali,” tulisnya.

Menurut Chef Wan, cerita berkaitan pahlawan lagenda Melayu tak pernah habis sejak dari dulu. Katanya, Malaysia ini sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain pun ada.

“Guna macam-macam baju kebangsaan dari kaum lain pun boleh diketengahkan kepada dunia untuk tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah.

“Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah, pusing-pusing situ juga. Saya harap sangat agar dibuka undian kepada pereka tempatan untuk buat rekaan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja terbaik,” katanya.

Chef Wan turut menyifatkan busana berkonsap pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita yang digayakan itu seperti badut kerana paduan warna kuning dan merah yang kurang sesuai.

Disebalik luahan kecewa itu, Chef Wan tetap positif menitipkan kata- kata semangat buat barisan atlet negara semoga berjaya memenangi pingat. Beliau juga mendoakan semoga semuanya selamat dan sihat-sihat selalu sepanjang temasya itu berlangsung.

Menerusi hantaran dibuat, rata-rata pengikutnya pada kalangan selebriti dan peminat menyambut baik pandangan peribadi disuarakan Chef Wan. Bagi mereka rekaan busana terbaik boleh dihasilkan memandangkan acara sukan berprestij itu berlangsung lima tahun sekali.

Ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo pada 23 Julai lalu, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah.

Difahamkan juga, warna busana kontinjen negara itu diinspirasi daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. HM

Chef Wan krtitik pakaian kontinjen Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Darurat tak disambung, 6 ordinan dibatalkan


Sebaran :

Leave a Reply