Anwar maklumkan Tesla beli kompleks besar di Cyberjaya sebagai ibu pejabat

KAJANG – Tesla Inc telah membeli kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil pemilik syarikat Elon Musk kepada beliau minggu lalu.

“Tanya Tesla, Elon Musk banyak negara beri insiatif dan peluang, tetapi pilih Malaysia iaitu Cyberjaya di Selangor.



“Minggu sudah wakil jumpa saya (beritahu) sudah beli kompleks besar dan jemput Perdana Menteri rasmi awal Oktober atau akhir September.

“Saya jawab setuju dengan syarat bawa Elon Musk rasmi bersama dengan saya,” katanya pada ceramah umum sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Beranang dekat sini malam tadi.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau dimaki oleh pembangkang sejak menjadi Perdana Menteri lapan bulan lalu.

“Tetapi dalam kita ada kuasa lapan bulan ini ada dengar saya curi, agih kontrak, sakau wang rakyat kerana dalam negara ini yang paling penting.



“Negara bukan miskin. Kaya, hasilnya banyak, tetapi kalau teruskan budaya amalan sakau ini rakyat tidak boleh dibela.

“Kita cuba sedaya upaya lapan bulan ini. Kita kehilangan Datuk Seri Salahuddin Ayub menteri yang bekerja kuat dan bersungguh memenuhi agenda madani, rahmah,” katanya.

Justeru, kata Anwar, beliau berharap rakyat memahami negara menjadi rosak apabila mempunyai pemimpin yang hanya menjaga keluarga dan sakau sana sini.

“Dia boleh maki saya ‘berbakul-bakul’, tetapi tidak boleh tegur dan kecam saya kerana saya tidak guna kuasa sakau duit negara.



“Boleh tidak kamu sebut kamu tak buat apa-apa. Dulu saya tidak tengok fail. Sekarang saya tengok fail,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker