Ganjaran RM21,404 Sesiapa Temukan Isterinya

Bimbang keadaan isterinya yang hilang sejak dua minggu lalu, seorang lelaki menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah 75 juta rupiah (RM21,404) kepada individu yang berjaya menemukan cinta hatinya itu.

Kompas.com melaporkan, Khairudin Siregar yang berasal dari Kampung Tanjung Sawit, Riau menawarkan ganjaran itu selepas isterinya tidak pulang ke rumah.

“Saya akan memberikan ganjaran wang tunai sebanyak 75 juta rupiah bagi sesiapa yang mengetahui dan menemukan isteri saya,” katanya.



Khairuddin bagaimanapun tidak mendedahkan kenapa isterinya, Ervina keluar rumah.

Katanya, Ervina meninggalkan rumah sejak 18 Mac lalu dan tidak kembali lagi.

Dalam perkembangan sama, Khairudin memaklumkan Ervina berusia 40 tahun.

Katanya, isterinya itu memiliki berat badan sekitar 54 kilogram dan bertahi lalat di dagu.



[VIDEO] Lelaki Ini Penat Layan Ragam Isteri 3 Hari Straight Shopping Giler Di ECO Shop- “Kena Sampuk Agaknya” 🤣🤣

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker