Liwat pelajar tahfiz: Hukuman penjara 228 tahun bekas warden asrama dikurangkan kepada 50 tahun

Mahkamah Tinggi Kangar menjatuhkan hukuman penjara 50 tahun keatas seorang bekas warden asrama atas 26 kesalahan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, pada 2019.

Hakim Datuk Azmi Abdullah membuat keputusan itu selepas meminda hukuman ke atas tertuduh Nawawi Anuar, 29, daripada penjara 228 tahun kepada 50 tahun.

Tertuduh membuat rayuan itu menerusi menerusi panel peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) diketuai oleh Mohd Hapiz Rajali, Norharniza Rusli, Nor Herdawati Harun dan Siti Hajar Che Ahmad serta turut dibantu peguam kanan, Zamri Ibrahim.

Mahkamah turut membenarkan rayuan hukuman sebatan tertuduh dengan meminda hukuman 42 sebatan kepada hanya 20 sebatan.

Pada 29 Mei 2019 lalu, Nawawi dijatuhi hukuman penjara 228 tahun serta 42 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kangar selepas mendapati tertuduh mengaku bersalah terhadap 26 pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman penjara yang dijatuhkan itu tidak dijalankan secara serentak.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April 2019.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April 2019. - Foto Astro AWANI

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April 2019. – Foto Astro AWANI

Pendakwaan dilakukan oleh Izham Ali selepas panel pembelaan memfailkan rayuan pada 20 Februari tahun lalu.

Dalam hujahan rayuan, pihak peguam bela menyatakan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini dilihat agak luar biasa apabila hukuman yang dijatuhkan itu berjalan secara berasingan sehingga menyebabkan tempoh penjara tertuduh berlanjutan sehingga 228 tahun.

Malah, dalam hujahan rayuan itu juga, pihak pembelaan melihat dari segi faktor umur yang mana tiada manusia yang akan hidup selama tempoh hukuman berkenaan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK), 377C KK, Seksyen 15(e) serta Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tertuduh kini menjalani hukuman di Pusat Koreksional Perlis bermula dari tarikh ditangkap pada 11 Mei 2019.

Saya turut disoal isu liwat, kata Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker