Tiada laporan video lucah, gangguan seksual babit pendakwah terkenal

Tiada sebarang pengesahan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan sebuah video lucah dan gangguan seksual membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, malah tiada sebarang mangsa tampil membuat laporan membabitkan perkara itu.

“Masih belum dapat pengesahan lagi,” katanya ringkas di sini hari ini.



Terdahulu, tular sebuah video lucah seolah-olah mirip seorang pendakwah terkenal di negara ini.

Malah, terdapat beberapa individu termasuk artis terkenal turut memberi bayangan sebuah kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi.

Menerusi sebuah hantaran di laman sosial Twitter pada 17 Julai lalu, seorang pengguna twitter turut mendakwa apa yang bakal berlalu sekiranya seorang tokoh negara merupakan seorang predator seksual.

“Apa yang anda buat sekiranya anda tahu seseorang tokoh negara seorang seksual predator.



“Tetapi, anda tiada bukti mahkahmah (sebab si mangsa tak nak buat report polis).

“Tokoh ini tokoh yang disanjung dan disayangi. Sampai susah nak percaya perangai sebenarnya,” kata hantaran itu.

Tiada laporan video lucah, gangguan seksual babit pendakwah terkenal

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pembatalan darurat pun boleh ‘backdate’, takut la tu

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker