Pembatalan darurat pun boleh ‘backdate’, takut la tu

Pembatalan darurat pun boleh ‘backdate’, takut la tu

Batal Ordinan Darurat sebab kerajaan takut undi di Dewan, dakwa Najib

Bekas perdana menteri, Najib Razak menempelak kerajaan atas pembatalan Ordinan Darurat “backdated” kerana takut menghadapi undian di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu mempersoalkan kenapa kerajaan undur tarikh pembatalan ordinan itu dan adakah ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana tiada warta mengenainya.

“Hebat betul, pembatalan darurat seluruh negara boleh ‘backdate’.

“Rupanya satu negara sudah bebas Ordinan Darurat sejak minggu lepas, tapi tiada seorang pun tahu. Warta pun tiada,” tulisnya di Facebook.

Beliau berkata, ini bermakna semua kompaun melebihi RM1,000, penggunaan dana kerajaan di luar belanjawan tahunan dan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) “tidak sah” sejak minggu lalu.

“Sehingga kini, kerajaan tak jawab sekiranya mereka telah dapat perkenan, walaupun telah ditanya beberapa kali. Kenapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat ‘backdate’ pembatalan?

“Agong dan Raja-raja pemerintah titah bahawa Ordinan Darurat perlu dibahas, diundi dan diluluskan dalam Parlimen. Kerajaan PN fikir jika dibatalkan, maka tidak perlu lagi untuk dibahas, diundi dan diluluskan dalam Parlimen.

“Takut benar dengan undian Dewan Rakyat. Jika bacul begini, bagaimana pula nak buat sebarang usul atau nak harap luluskan bajet 2022?” soalnya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan menasihati Agong untuk mengisytiharkan darurat baharu apabila ia tamat pada 1 Ogos.

Beliau turut memaklumkan Dewan Rakyat, kerajaan akan membatalkan semua Ordinan Darurat yang dibuat semasa ia diisytiharkan.

Selain Najib, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim turut mempersoalkan adakah pembatalan semua Ordinan Darurat itu sudah mendapat perkenan Agong.

Presiden Warisan, Shafie Apdal turut mempersoalkan jika kerajaan mempunyai hak untuk membatalkan ordinan itu kerana sepatutnya Agong yang menentukan dan mengumumkan pembatalan itu. FMT

Pembatalan darurat pun boleh ‘backdate’, takut la tu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tanpa desakan UMNO, mustahil darurat ditamatkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker