5 lelaki mabuk, bertindak agresif serang polis
5 lelaki mabuk serang polis
Dah la mabuk, serang polis pula
Ampang Jaya: Lima lelaki bertindak agresif apabila menyerang anggota polis yang membuat pemeriksaan di Flat Sri Nilam di sini, pada Rabu lalu.
Dalam kejadian pada 11.10 malam itu, dua anggota polis cedera selepas ditumbuk di dada serta digigit pada lengan kiri dan leher.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua anggota polis dalam penugasan Unit Rondaan Motosikal (URB) membuat rondaan cegah jenayah dan rondaan Covid-19 sebelum terima arahan dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya supaya ke lokasi kejadian.
Menurutnya, setibanya di tempat kejadian terdapat sekumpulan lima lelaki sedang berkumpul dalam keadaan mabuk.
“Anggota URB itu kemudiannya cuba membuat pemeriksaan, namun suspek tidak memberi kerjasama dan bertindak agresif dengan menghalang anggota polis menjalankan pemeriksaan serta mengeluarkan kata-kata kesat.
“Mereka bertindak menolak dan mahu menyerang anggota bertugas. Anggota terbabit kemudiannya meminta bantuan sebelum anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) datang membantu.
“Dalam proses tangkapan dibuat berlaku pergelutan antara anggota polis dan suspek,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Menurutnya, dua anggota polis mengalami kecederaan ketika proses tangkapan itu dan polis terpaksa menggunakan kekerasan yang minimum untuk melaksanakan tangkapan hingga menyebabkan seorang suspek mengalami sedikit kecederaan pada ibu jari kaki sebelah kanan akibat terkena jubin lantai,” katanya.
Menurutnya, polis kemudiannya membawa empat suspek yang berjaya ditahan ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan tetapi dua daripadanya sekali lagi bertindak agresif dan berkelakuan tidak senonoh serta memaki hamun polis.
Katanya, kesemua yang ditahan itu berusia 23 hingga 26 tahun dan tidak bekerja.
“Semua suspek termasuk seorang yang dapat melarikan diri di lokasi kejadian mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.
“Suspek yang melarikan diri sudah dikenal pasti identitinya dan usaha mengesan serta menahannya sedang dijalankan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas.
Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.
“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis iaitu berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu lari dari tangkapan yang sah.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang melarikan diri dalam kejadian itu boleh menghubungi balai polis berdekatan,” katanya. HM
5 lelaki mabuk serang polis
Baca Artikel Menarik :
- Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas – Mahathir
- Ramai lagi ahli Parlimen akan diugut – Syed Saddiq
- Pegawai dakwa netizen ambil kesempatan lanyak Sanusi
- Mau autograf ke? Masih belum insaf
- Fizo nak kahwin hujung tahun
- Resepi gulai daging korban memukau
Hmmm, kalau berlaku di India macam mana ya Polis sana akan bertindak??? Saya tengok video orang yang langgar SOP di sana pun berbintat punggong kena rotan di khalayak ramai?? Hehehe!!!