Amir Raja Lawak jual air jagong, bantu orang
Amir Raja Lawak jual air jagong, bantu orang
Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, 32, gembira dan bangga apabila bisnes Air Jagung Amerreka yang diusahakannya di tepi jalan sejak 2017 lalu kini dapat membantu orang lain mencari pendapatan tambahan.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi dihubungi berkata dia juga tidak menjangkakan bahawa perniagaan air jagung itu dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.
“Sekarang pun ada kawan saya yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja industri membantu saya berniaga. Alhamdulillah, dapat juga saya kongsi rezeki dan tolong ringankan beban keluarga kawan saya di dalam keadaannya tak boleh ‘shooting’ ketika ini.
“Walaupun risau juga terdedah dengan persekitaran kerana kes jangkitan Covid-19 yang masih lagi tinggi, tapi saya ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Jika ada pelanggan yang nak bergambar, saya minta jarakkan diri dan bersalaman pun tak boleh,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya impian untuk meluaskan perniagaan air jagung itu dengan membuka kafe, Amir yang juga pelakon drama Man Transform berkata keinginan sebegitu tetap ada tersemat di dalam hatinya
“Saya pun ada hasrat nak buka kafe macam kawan-kawan lain, memang teringin. Tapi, saya kena fikir banyak sudut sebab nak kena beringat untuk bayar sewa kedai dan gaji pekerja.
“Malah, melihatkan situasi pandemik yang masih teruk sekarang ini tak tahulah bila akan reda. Saya risau dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini apabila tengok ada peniaga-peniaga kena tutup kedai sebab tak mampu nak tanggung lagi,” katanya.
Amir berkata dia bersimpati dengan nasib peniaga yang terpaksa gulung tikar ketika pandemik ini dan berdoa semoga mereka berjaya untuk bangkit kembali. Apapun, Amir berkata dia juga tidak berasa malu mencari rezeki menjual air di tepi jalan.
Ujarnya, dia kini bersyukur bisnesnya itu sudah mempunyai agen dan stokis di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Katanya selain air jagung dan keladi, dia juga menambah produk baharu iaitu air epal dan tembikai susu.
Menurut Amir, dia bertuah kerana isteri, Nur Intan Syafinaz dan keluarga menyokong penuh dan selalu bertanya khabar tentang perjalanan bisnesnya itu. Apapun, katanya aktiviti promosi yang selalu dibuat di media sosial juga sangat membantu. HM
Amir Raja Lawak jual air jagong, bantu orang
Baca Artikel Menarik :
- Ciapan Takiyuddin mendapat reaksi Puad dan Shabery
- Sesak di tol Gombak, rentas untuk sambut Aidiladha?
- Najib bela Ebit Liew
- Ameera Khan Dikecam Lagi, Bertudung Tapi Baju Ketat
- Penduduk resah kemunculan keranda terbang, hantu ketuk pintu
- Resepi Biskut Arab 3 Warna
You must be logged in to post a comment.