Lelaki Uzbekistan disyaki merogol dalam stadium Olimpik

Lelaki Uzbekistan disyaki merogol dalam stadium Olimpik

TOKYO – Seorang lelaki Uzbekistan ditahan polis Tokyo kerana disyaki merogol seorang wanita di dalam stadium yang akan menjadi lokasi temasya sukan Olimpik Tokyo, malam kelmarin.

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo berkata, Davronbek Rakhmatullaev, 30, yang merupakan seorang pelajar universiti didakwa merogol seorang mangsa berusia 20-an selepas mereka menyaksikan raptai acara pembukaan sukan Olimpik di stadium tersebut.



Menurut laporan Kyodo News, suspek baru mengenali gadis Jepun itu pada hari kejadian, dan kemudiannya bertindak merogolnya di tempat duduk penonton di stadium tersebut.

Mereka dikatakan bertugas sebagai sukarelawan untuk sukan Olimpik dan telah melakukan kerja-kerja yang berkaitan sebelum menonton acara raptai bersama.

Suspek bagaimanapun menafikan dakwaan dengan mengatakan bahawa perbuatan itu adalah dengan rela wanita tersebut.

Insiden itu berlaku kira-kira seminggu sebelum acara sukan Olimpik bermula yang dijadualkan pada Jumaat ini. AFP



Lelaki Uzbekistan disyaki merogol dalam stadium Olimpik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker