5 Makanan InI ‘Haram’ Dimakan Sebelum Tidur, Ini Sebabnya!

5 Makanan InI ‘Haram’ Dimakan Sebelum Tidur, Ini Sebabnya!

SELAIN memikirkan masalah, rasa lapar juga ternyata boleh membuatkan seseorang sukar untuk tidur.

Tidak salah sebenarnya makan sebelum tidur tetapi kita perlu memerhatikan jenis makanan yang dimakan agar ia tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.



Terdapat juga beberapa makanan yang bukan sahaja merisikokan kesihatan tetapi mengganggu kualiti tidur.

Atas sebab itu, sebaik-baiknya ‘haramkan’ diri anda daripada mendekati lima jenis makanan ini sebelum masuk tidur.

Ais Krim

1. Ais krim dan cokelat

Sebekas ais krim dan cokelat memang cukup menggoda ketika membuka peti sejuk. Rasa manis, sejuk dan enak membuatkan ia menjadi pilihan sebagai makanan ringan sebelum tidur.



Namun kita tidak digalakkan makan ais krim atau cokelat sebelum tidur kerana kandungan gula yang tinggi mampu meningkatkan kadar insulin dalam badan.

Apabila insulin meningkat, seseorang akan berasa susah hendak tidur.

Tomato

2. Tomato

Sayur-sayuran dan buah-buahan memang cukup baik untuk dimakan tetapi jauhi tomato kerana ia memiliki tingkat asid yang tinggi dan boleh mengganggu tidur seseorang.



Makanan dengan asid yang tinggi mampu memicu masalah heartburn dan mengendurkan esofagus yang boleh mengakibatkan refluks gastrik.

Potato Chips

3. Kerepek kentang

Kerepek kentang kegemaran ramai ketika menonton televisyen tetapi ia adalah contoh makanan ringan yang tidak sihat.

Ia mengandungi kalori yang tinggi dan lemak tepu sehingga mampu membuatkan seseorang berasa lebih lapar dan makan berlebihan.



Keju

4. Keju

Roti berasaskan gandum atau bijiran bukan makanan yang tidak sihat dimakan sebelum tidur namun ia menjadi buruk apabila ia disertakan dengan sekeping keju.

Keju mengandungi tyramine, asid amino yang meningkatkan penghasilan norepinefrin yang boleh mengakibatkan penurunan kualiti tidur.

Spicy



5. Makanan pedas

Masyarakat Malaysia dengan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan! Namun elakkan makan makanan pedas sebelum tidur kerana ia mampu meningkatkan metabolisme badan.

Ia sesuatu yang baik tetapi peningkatan sebelum tidur boleh mengganggu tidur anda.

5 Makanan InI ‘Haram’ Dimakan Sebelum Tidur, Ini Sebabnya!


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pelawak Achey Patah Tangan Durian Punya Hal [VIDEO]

Tiada Bukti Air Kelapa Ubati Covid-19 Tapi Khasiatnya Memang Cukup Banyak!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker