Vaksin kosong, petugas PPV dikenakan tindakan [VIDEO]

Vaksin kosong, petugas PPV dikenakan tindakan (Video)

Tindakan tatatertib sudah diambil terhadap petugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Kedah berhubung isu suntikan vaksin kosong.

Ia susulan satu video tular mendakwa petugas kesihatan tidak menyuntik vaksin itu selepas memasukkan jarum picagari ke lengan penerima.

VIDEO DIBAWAH:-

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan berkata, kes itu berlaku di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah pada 17 Julai lalu.

“PPV tersebut dikhaskan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka sahaja. Vaksinasi di PPV tersebut dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera di kem tersebut.

“Satu siasatan dijalankan pihak ATM mengenai kejadian tersebut di mana individu-individu yang terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut.”

CITF berkata, dua lagi dakwaan suntikan vaksin kosong berlaku di Lembah Klang baru-baru ini.

Ia membabitkan PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 17 Julai lalu, dengan laporan polis dibuat orang awam, manakala penyedia perkhidmatan kesihatan membuat laporan polis berhubung dakwaan di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

“Polis sedang menjalankan siasatan. Sebarang perkembangan mengenai perkara ini akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa berkenaan.

“Sekiranya didapati bersalah, CITF tidak akan teragak-agak menamatkan perkhidmatan petugas terlibat dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.”

Berdasarkan SOP, katanya, setiap petugas vaksinasi perlu menunjukkan picagari berisi vaksin kepada penerima sebelum suntikan dilakukan.

“Orang ramai juga disarankan melihat picagari tersebut sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan bahawa dos dan suntikan vaksin telah diberikan seperti sepatutnya.” FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker