Najib dipulangkan kembali ke Penjara Kajang

Bekas perdana menteri Najib Razak telah dibenarkan pulang ke Penjara Kajang, setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dua hari lalu.

Najib sebelum ini dikejarkan ke HKL selepas mengalami demam panas.

Pegawai khasnya, Muhammad Mukhlis Maghribi pada mulanya berkata Najib dijangkiti Covid-19.



Namun Mukhlis hari ini berkata keputusan ujian yang dijalankan HKL terhadap Najib adalah negatif.

“Bagaimanapun HKL masih membuat pemantauan ke atas tahap kesihatan Najib sehingga 5 November (hari ini).

“Setelah doktor membuat pemeriksaan terakhir pada tarikh tersebut, Najib dibenarkan pulang ke Penjara Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di situ setelah disabit bersalah atas pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker