Baru tahu Parlimen bukan zon bahaya Covid-19

Baru tahu Parlimen bukan zon bahaya Covid-19, sindir Najib

Upacara angkat sumpah Ahli Senator Dewan Negara di Parlimen menarik minat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Secara sinis, Najib berkata beliau baru mengetahui Parlimen kawasan selamat daripada jangkitan Covid-19 setelah terdapat upacara angkat sumpah senator hari ini.

“Rupanya bangunan Parlimen bukan zon bahaya Covid-19. Kita tertipu selama tujuh bulan lalu,” katanya di Facebook hari ini.



Ahli Parlimen Pekan itu merujuk kepada laporan media empat senator iaitu Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin yang mengangkat sumpah jawatan itu bagi penggal kedua.

Radzi dilantik kepada senator berkuat kuasa mulai 17 Julai lepas hingga 16 Julai 2024.

Selain Radzi, Datuk John Ambrose, Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee dan Datuk Bobbey Ah Fang Suan turut mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.



Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara akhirnya dibuka semula untuk persidangan setelah kerajaan bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dijadual 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos manakala Mesyuarat Khas Dewan Negara berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos.

Najib adalah antara ahli Parlimen yang keras mendesak agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membuka semula sidang Parlimen.

Sebelum ini, Najib berkata kerajaan akan dikenakan “kad merah” melainkan Parlimen dibuka semula secepat mungkin.



Ia bila mana ahli Parlimen kedua-dua belah pihak terus memberi tekanan kepada PN supaya persidangan Dewan Rakyat diadakan segera.

Najib berkata gesaan itu bagi membolehkan Ordinan Darurat yang sudah diwartakan kerajaan dalam tempoh darurat (termasuk pengisytiharan darurat) dibahas, diundi dan diluluskan di Parlimen secepat mungkin. MG

Baru tahu Parlimen bukan zon bahaya Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker