Teguran Bawa Bala, Isteri Teruk Dibelasah

Teguran Bawa Bala, Isteri Teruk Dibelasah

PADANG BESAR – Hanya kerana menegur suami yang bercakap sendirian dalam keadaan marah, seorang isteri dibelasah teruk oleh lelaki itu yang bagaikan dirasuk dalam kejadian berdarah di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, suspek yang mengamuk turut bertindak agresif dengan menyerang pasukan polis yang cuba menahannya sehingga tiga anggota mengalami kecederaan akibat terkena libasan pedang lelaki terbabit.

Akibatnya, suspek berusia 55 tahun itu mati ditembak selepas tembakan amaran yang dilepaskan polis tidak dipedulikannya, malah lelaki itu terus menyerang pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima laporan daripada seorang suri rumah pukul 2.48 petang kelmarin yang mengadu telah dipukul suaminya di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit.

“Wanita itu mengadu dia ditampar, ditarik rambut dan dihentak muka ke lantai serta dipijak selain suspek meletakkan sebilah kapak pada leher pengadu. Suspek turut menarik rambut serta mengheretnya ke dalam bilik.

“Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku apabila pengadu menegur suaminya kerana bercakap sendirian dalam keadaan marah-marah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pedang yang digunakan suspek ketika menyerang polis.

Menurutnya, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar kemudian bergegas ke rumah berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang untuk membuat tangkapan ke atas suspek di bawah Seksyen 506/ 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.

Bagaimanapun, katanya, suspek enggan keluar menyebabkan polis terpaksa masuk melalui tingkap rumah tersebut.

“Suspek didapati sedang memegang sebilah pedang dan bertindak agresif termasuk cuba membakar rumah dan rambutnya, tetapi (dia kemudian) memadamkan api itu sendiri.

“Usaha memujuk oleh pihak polis dan anak lelaki (suspek) selama lebih sejam tidak berjaya. Suspek bertindak lebih agresif dengan melibas pedang sehingga terkena tangan kanan seorang anggota polis menyebabkan kecederaan yang serius.

“Suspek terus menyerang tanpa henti dengan melibas pedang ke atas dan ke bawah menyebabkan seorang lagi anggota polis mendapat kecederaan pada kaki dan pegawai serbuan turut mendapat kecederaan pada kepala,” ujarnya.

Saifudin berkata, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran, tetapi suspek terus menyerang sehingga pasukannya melepaskan tembakan ke arah lelaki itu untuk melindungi keselamatan semua anggota dan anak suspek yang berada di situ.

Keadaan rumah suspek yang ditembak mati selepas menyerang polis di Jalan Kaki Bukit, Padang Besar kelmarin.

Ujarnya, suspek kemudian rebah selepas tembakan kedua dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat suspek telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

“Tiga anggota polis yang ce­dera juga telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” ujar­nya.

Saifudin memberitahu, semakan mendapati, lelaki terbabit mempunyai enam rekod jenayah melibatkan kes penyalahgunaan dadah, ugutan jenayah, khianat dan kesalahan di bawah Akta Racun.

Setakat ini, polis juga masih menyiasat sama ada lelaki terbabit yang bekerja sendiri berada di bawah pengaruh dadah atau mengalami kemurungan dan tekanan emosi ketika kejadian berlaku.

Dalam kejadian ini, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.-KO

Teguran Bawa Bala, Isteri Teruk Dibelasah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis lepas 2 tembakan ke arah kereta dipandu pemandu ‘lalok’

Anak jadi pemuas nafsu bapa ketika PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker