Masya tak sabar pindah rumah baharu

Masya tak sabar pindah rumah baharu

PETALING JAYA – Penyanyi muda Masya Masyitah tidak sabar untuk membawa ibu dan ayahnya berpindah ke rumah tiga tingkat yang dibelinya Disember tahun lalu.

Masya atau nama lengkapnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff berkata, memang menjadi impiannya untuk membeli rumah bersaiz ‘keluarga’ agar dapat menyatukan keluarganya yang sebelum ini terpisah jarak, di antara Kuala Lumpur dan Kulim, Kedah.



“Ayah tidak lama lagi dah nak pencen, umur dia dah 58 tahun. Jadi, saya memang memasang angan-angan nak beri keselesaan rumah kepada orang tua. Alhamdulillah, impian itu akhirnya akan terlaksana.

“Saya bayar duit rumah kedua hasil kemenangan pertandingan Yippi Star Quest 2020 yang diadakan Oktober tahun lalu.

“Kalau tiada aral melintang, kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu di Kajang, Selangor akhir tahun 2021. Sekarang rumah itu masih dalam proses pengubahsuaian. Dengan lockdown apa semua ini, memang sedikit tergendala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Diusik pertanyaan berapa harga rumah Semi D yang dibelinya itu, Masya, 21, enggan terlalu memperincikan harga sebenar kediaman yang dibelinya itu.



“Rasanya boleh anggarkan sendiri berapa harga rumah kalau beli kawasan Lembah Klang. Apa pun, syukur untuk rezeki duniawi yang Allah pinjamkan kepada saya dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Masya yang baru muncul dengan single terbaharu dalam bahasa Mandarin membeli rumah pertamanya iaitu sebuah unit kondominium di Puchong, Selangor secara tunai pada 2018.

Katanya, sebelum ini, hanya dirinya dan ibu, Zalilah Mat Nor, 52, yang menetap di kondominium yang dibelinya.

Bapa, dua abang dan adik lelakinya masih menetap di kampung halaman mereka di Kulim, Kedah.



“Allahmdulillah, selepas ini dah tak duduk jauh-jauh lagi. Kami pun dah tak larat nak tinggal berjauhan terutama dengan krisis Covid-19 yang masih berpanjangan. K Online

Masya tak sabar pindah rumah baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker