11 individu ditahan usung keranda lambang kongsi gelap

Seramai 11 individu berusia 24 hingga 42 tahun ditahan dipercayai terbabit mengusung keranda yang terdapat lambang kongsi gelap Geng 04 di sebuah taman perumahan di Durian Tunggal Alor Gajah Rabu lalu.

Video berdurasi 20 saat yang memaparkan lambang kongsi gelap di atas keranda seorang lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan itu tular di media sosial.

Kumpulan berkenaan juga dikatakan melakukan upacara penghormatan terakhir ke atas mendiang lelaki berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, berdasarkan rakaman itu, Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka digerakkan melakukan beberapa serbuan sebelum berjaya menahan kesemua indivisu itu di sekitar Melaka bagi membantu siasatan.

Menurutnya, beberapa pakaian yang dipakai individu terbabit ketika upacara mengusung keranda dan telefon bimbit dari salah seorang individu yang merakam kejadian itu juga dirampas.

“Kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 50(3) dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.

“Kita juga masih mengesan dua individu lain yang masih bebas bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau menasihatkan masyarakat tidak memasukkan elemen kongsi gelap dalam sebarang aktiviti seperti keagamaan, persatuan, upacara kematian dan sebagainya yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

11 individu ditahan usung keranda lambang kongsi gelap

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail Sabri boleh kembalikan kepimpinan UMNO – Penganalisis

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker