Ini penjelasan Polis berkenaan arahan tutup ‘Food Bank’ Syed Saddiq

Ini penjelasan Polis berkenaan arahan tutup ‘Food Bank’ Syed Saddiq. Polis Johor tampil memberikan penjelasan berhubung arahan agar Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghentikan program Food Bank (bank makanan) semalam.

Bercakap dalam sidang media yang disiarkan petang ini, Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli parlimen berkenaan tidak mendapat kebenaran mengedarkan bantuan makanan dari pusat khidmatnya.

Dia juga menjelaskan nasihat itu dikeluarkan oleh pejabat kesihatan daerah dan bukannya pihak polis agar program tersebut dihentikan berikutan “lebih seratus” orang berkumpul tanpa penjarakan fizikal.



“Saya difahamkan permohonan memang ada dibuat oleh YB Syed Saddiq tapi permohonan adalah untuk mengedarkan barang-barang bakul makanan dari rumah ke rumah.

“Tapi apa yang berlaku pengedaran barang ini dibuat di pusat khidmat rakyat parlimen Muar, jadi ramai yang berkumpul, seratus orang lebih.

“Yang pertama tidak ada kebenaran yang dipohon dari pusat kawalan operasi bencana untuk membuat majlis di pusat khidmat rakyat.

“Yang kedua apabila ramai yang berkumpul, tak ada penjarakan sosial. Pihak penguatkuasa kesihatan daerah hadir ke tempat tersebut dan telah mengarahkan agar majlis dihentikan,” jelasnya.



Semalam, ahli politik pembangkang itu mendakwa pihak polis memintanya untuk menutup “pejabatnya” mulai hari ini.

Syed Saddiq berkata, dia kesal kerana dilarang menyampaikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan dan bersedia untuk dikompaun bagi tujuan itu.

Katanya, pihaknya juga telah mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) dan tidak boleh menghalang orang susah dan lapar datang meminta bantuan.



Menjelaskan lebih lanjut, Ayob berkata pihak polis tidak akan mengambil tindakan terhada[ Syed Saddiq tetapi mengatakan dia telah dikeluarkan “peringatan” oleh pegawai kesihatan daerah.

“Sebarang permohonan oleh mana-mana MP ataupun Adun untuk menjalankan sebarang aktiviti memang dibenarkan tapi perlu mendapat kebenaran daripada pusat kawalan operasi bencana daerah,” katanya.

Ini penjelasan Polis berkenaan arahan tutup ‘Food Bank’ Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ismail Sabri ‘jambatan’ selamatkan UMNO, kerajaan PN

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker