DUN Sabah tidak akan terbubar secara automatik

DUN Sabah tidak akan terbubar secara automatik. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya menyangkal kenyataan yang mendakwa bahawa DUN Sabah menghadapi risiko pembubaran secara automatik jika tidak bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Kadzim berkata, walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa DUN Sabah hendaklah bersidang dalam tempoh enam bulan dari tempoh terakhir sidang yang lalu, tetapi Seksyen 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Oleh itu, orang ramai diminta supaya tidak keliru disebabkan DUN Sabah belum mengadakan persidangan sejak Sidang Bajet 2021 pada Disember 2020 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimana beliau berkata, DUN Sabah bersedia untuk mengadakan sidang DUN pada bila-bila masa mengikut tarikh yang ditetapkan kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau pada Selasa menyeru Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuka semula sidang DUN Sabah sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan.

Ia bagi mengelak berlaku pembubaran secara automatik berikutan sidang DUN Sabah yang terakhir ditangguhkan pada 23 Disember lalu dan ia telah lewat enam bulan dari sesi seterusnya.

DUN Sabah tidak akan terbubar secara automatik

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Nazri yakin perjanjian CSA Muhyiddin, DAP sudah wujud

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker